mutakhir

DUN Kelantan bubar

Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim

MENTERI Besar, Datuk Ahmad Yakob, mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dibubarkan berkuat kuasa hari ini.

Katanya, pembubaran itu dilakukan selepas mendapat perkenan Pemangku Raja Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra, malam tadi.

“Dengan ini saya mengisytiharkan DUN Kelantan dibubarkan secara rasmi hari ini. Justeru, kita mengembalikan semula kuasa kepada seluruh rakyat untuk memilih kerajaan selepas ini.

“Kita juga mengharapkan rakyat membuat pilihan bijak memandangkan kita sudah berusaha sebaik mungkin terhadap rakyat Kelantan sepanjang 28 tahun.

“Sepanjang mentadbir Kelantan, kita membuktikan bahawa kewangan berjaya diurus dengan baik dan bertanggungjawab. Insya-Allah rakyat masih bersama kita,” katanya pada sidang media, di Kota Bharu, hari ini.

Ahmad turut berharap Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) berjalan lancar dan semua parti berkempen secara sihat bagi mengelak berlaku ketegangan.

“Perkara Ini juga ditekankan Pemangku Raja Kelantan supaya kita mengamalkan politik matang sejahtera,” katanya.

Disiarkan pada: April 7, 2018 @ 12:55pm
d