mutakhir

Ditemui lemas dalam perigi

Oleh Farah Suhaidah Othman

LELAKI ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam sebuah perigi dalam kejadian di Mambang Diawan, Kampar, malam tadi.

Mangsa Goh Kean Kiat, 22, dipercayai kurang siuman ditemui selepas dilaporkan hilang sejak kelmarin.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, mayat lelaki berkenaan ditemui selepas penduduk dan pasukan bomba menjalankan pencarian mangsa.

“Kami menerima laporan mengenai kejadian itu pada 9.04 malam (tadi) dan bergegas ke lokasi kejadian bagi mencari mangsa.

“Pasukan mencari kemudian menjumpai mangsa di dalam sebuah perigi lalu menaikkan mangsa menggunakan peralatan khas," katanya ketika dihubungi.

Katanya, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Disiarkan pada: April 8, 2018 @ 12:35am
d