mutakhir

MB Terengganu menghadap Sultan Mizan esok

Oleh Aslina Abu Bakar

MENTERI Besar Terengganu yang sebelum ini dijadualkan menghadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin Rabu ini untuk memohon perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, mempercepatkan tarikh menghadap pada esok.

Setiausaha akhbarnya, Wan Nabila Aisha Wan Bakhri berkata, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman akan menghadap Sultan Mizan pagi esok di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu, bagi memohon perkenan pembubaran DUN untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) diadakan.

"Menteri Besar juga akan mengadakan sidang media khas pada 11 pagi esok di Damai Lounge, U2, Wisma Darul Iman," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jumaat lalu Ahmad Razif dilapor akan menghadap Sultan Mizan bagi memohon perkenan pembubaran DUN Terengganu pada Rabu, susulan pengumuman pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi membolehkan PRU-14 diadakan.

Disiarkan pada: April 8, 2018 @ 11:53am
d