mutakhir

Kesian kau, kerbau...

Oleh Razif Rosli

KERBAU yang terperangkap di dalam longkang berhampiran Taman Medan Bali Emas, Kuala Pilah, diselamatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Gajah hari ini.

Dalam kejadian 12 tengah hari itu, kerbau berkenaan dipercayai terjatuh ke dalam longkang sedalam 1.2 meter dan menyebabkan badannya tersepit di dalam longkang terbabit.

Ketua Operasi BBP Batu Gajah, Zainal Abidin Wok berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

"Sebuah jentera dengan kekuatan enam anggota tiba di lokasi kejadian dan menjalankan kerja-kerja menyelamat dengan menggunakan tali bagi mengeluarkannya.

"Selepas dikeluarkan, haiwan itu dilepaskan dan masuk ke kawasan hutan berhampiran kerana tidak mengetahui pemiliknya," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Zainal Abidin berkata, operasi kemudiannya ditamatkan 2 petang.

Disiarkan pada: April 8, 2018 @ 5:10pm
d