mutakhir

SPR adakan mesyuarat khas PRU-14, esok

Oleh Suhaila Shahrul Annuar

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas, esok, sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, mesyuarat khas dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, antara lain membincangkan tarikh penting PRU-14 .

Beliau berkata, antaranya termasuk tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian Awal, Hari Pengundian dan Daftar Pemilih yang akan digunakan dalam pilihan raya itu.

Selain itu, persiapan lain yang diperlukan bagi melaksanakan pilihan raya berkenaan.

"Satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat berkenaan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembubaran Parlimen berkuatkuasa 7 April lalu bagi memberi laluan kepada PRU-14.

Disiarkan pada: April 9, 2018 @ 4:53pm
d