mutakhir

Jumpa janin dalam loji

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

JANIN lelaki ditemui di dalam loji kumbahan Mentari Court, Bandar Sunway, Petaling Jaya, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan janin itu pada 10.44 pagi tadi.

"Kami menerima panggilan daripada seorang kakitangan wanita daripada syarikat Indah Water yang memaklumkan penemuan janin terbabit di dalam loji kumbahan.

"Janin lelaki itu dalam keadaan cukup sifat," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

Disiarkan pada: April 9, 2018 @ 5:18pm
d