mutakhir

'Tak ada banduan lari'

Oleh Mohd Sabran Md Sani

POLIS menafikan dakwaan dua banduan larikan diri di kawasan Ulu Tiram, Seri Alam, Johor Bahru, seperti yang tular di aplikasi WhatsApp dan media sosial, sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Jokhiri Abd Aziz berkata, mesej dan gambar dua lelaki yang didakwa melarikan diri itu adalah tidak benar.

“Kita sudah mengambil maklum berhubung dakwaan yang tular itu dan melakukan siasatan.

"Tidak ada kejadian seperti itu (tular dua banduan lari seperti terkandung dalam media sosial sejak semalam)," katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.

Sehubungan itu, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai mesej berkenaan.

Selain itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak sewenang-wenangnya berkongsi status terbabit.

Disiarkan pada: April 9, 2018 @ 7:39pm
d