mutakhir

Tiada caj tukar penerbangan

Oleh Zanariah Abd Mutalib

SEMPENA Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), AirAsia menawarkan pengecualian caj penukaran penerbangan bagi tempahan yang dikeluarkan di Malaysia, yang jatuh pada hari pengundian, 9 Mei ini, bagi kelancaran perjalanan.

AirAsia dalam satu kenyataan memaklumkan, tawaran itu hanya sah kepada warganegara Malaysia sahaja dan mesti dibuat dalam masa 10 hari daripada pengumuman tarikh mengundi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

Katanya, penumpang boleh memilih satu daripada tawaran yang disediakan syarikat penerbangan tambah murah itu iaitu 'Tukar Penerbangan' atau 'Akaun Kredit'.

"Bagi pilihan Tukar Penerbangan, penumpang perlu membuat satu penukaran tarikh untuk semua tempahan tanpa caj tambahan penukaran penerbangan bagi menangguhkan perjalanan sehingga 30 hari daripada tarikh perjalanan asal, tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk dan perbezaan tambang atau cukai.

"Bagi pilihan Akaun Kredit, penumpang boleh mengekalkan nilai tambang dalam akaun Ahli AirAsia BIG anda untuk perjalanan masa akan datang dengan AirAsia dan ditebus dalam masa 90 hari kalendar bermula daripada tarikh yang dikreditkan," katanya.

Disiarkan pada: April 10, 2018 @ 3:59pm
d