mutakhir

Nasrudin tukar kerusi ke Indera Mahkota

Oleh Nik Sukry Ramli

KETUA Penerangan PAS, Nasrudin Hassan Tantawi diumumkan sebagai calon parti itu bagi kerusi Parlimen Indera Mahkota untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pengumuman itu dibuat oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Majlis Amanat Pilihan Raya PAS Teraju Pahang di Padang Awam Cenderawasih, dekat Kuantan, malam tadi.

Abdul Hadi berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira kemampuan Nasrudin yang sebelum ini bertanding di kerusi Parlimen Temerloh pada pilihan raya umum lalu.

"Lagi pun, beliau juga berasal di sini dan sesuai untuk kita memilih beliau untuk bertanding di kawasan ini.

"Kita ada kekuatan (jentera) di sini (Indera Mahkota) dan tidak ada masalah untuk kita memenangi kerusi Indera Mahkota," katanya.

Disiarkan pada: April 11, 2018 @ 12:40am
d