mutakhir

Kan dah kena penjara, denda...

Oleh Muhamaad Razis Ismail

DUA rakan dipenjara lapan minggu dan denda RM2,000 di Mahkamah Majistret Kota Bharu, hari ini terhadap tuduhan mencuri di dalam pasar raya, minggu lalu.

Majistret Kamarul Hasyime Rosli mengenakan hukuman itu selepas Mizaidi Mat Lazim, 30, dan Muhammad Adli Shahrin Sanusi, 25, mengaku salah terhadap tuduhan itu.

Jika gagal menjelaskan denda, tertuduh boleh dipenjara dua bulan.

Mengikut tuduhan, tertuduh didakwa bersama-sama mencuri pelbagai barang termasuk selipar, minyak rambut dan pewangi kereta bernilai RM310.04 di pasar raya di sini pada 7.30 malam, 8 April lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, tertuduh memohon hukuman ringan kerana sudah insaf dengan kesalahannya selain perlu menyara keluarga.

Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Shahirun Azri Mohd Nordin memohon hukuman setimpal untuk memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang ramai supaya tidak mengulangi kesalahan sama.

Disiarkan pada: April 16, 2018 @ 1:59pm
d