mutakhir

Napsiah Omar meninggal dunia

Oleh Mohd Hasbi Sidek

VETERAN UMNO Tan Sri Napsiah Omar meninggal dunia akibat barah hati di rumah anaknya di Ampang Jaya, Selangor, 6.10 petang tadi.

Ahli keluarga arwah, Datuk Hamid Yahya melalui teks Whatsapp berkata, jenazah akan dikebumikan di Kuala Pilah, tengah hari esok.

"Assalamualaikum, dengan rasa sedih dimaklumkan bahawa Tan Sri Napsiah Omar kembali ke Rahmatullah sebentar tadi.

"Jenazah dibawa ke Surau Tunku Muhriz Kampung Jawa, Kuala Pilah, dijangka sampai tengah malam ini, akan disempurna dan dikebumikan di Kuala Pilah sebelum solat Zuhur, insya Allah. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT, insya Allah," katanya.

Disiarkan pada: April 16, 2018 @ 7:31pm
d