mutakhir

Mujur tak rempuh kenderaan lain

Oleh HM Digital

Kuala Lumpur: Seorang pemandu lori berdepan detik cemas apabila lori seberat lima tan dipandunya mengalami kegagalan brek dan meluncur sendiri dari arah bukit berhampiran Stadium Merdeka di sini, ke jalan raya yang sibuk.

Lori itu kemudian melanggar tembok pagar bangunan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) di Jalan Maharajalela di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang kelmarin, pemandu berusia 31 tahun itu tidak mampu berbuat apa-apa untuk memberhentikan kenderaan berat itu.

Anehnya lori itu yang bergerak melintasi jalan Loke Yew di sini, tidak merempuh sebarang kenderaan walaupun laluan itu dianggap antara paling sibuk di ibu kota.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, ketika kejadian kenderaan berat itu sarat dengan muatan tanah.

“Pemandu bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan dan tiada kenderaan lain terbabit dalam kemalangan itu,” katanya.

Disiarkan pada: April 17, 2018 @ 4:01am
d