mutakhir

Lepah ni jange paka sendak lagi

Oleh Mohd Shafuan Khairi

SERAMAI 21 wanita di Kelantan diberikan notis untuk menghadiri sesi kaunseling terhadap kesalahan gagal berpakaian patuh syariah dalam `Ops Sopan' di sekitar Kota Bharu, kelmarin.

Dalam operasi 5 petang hingga 8 malam itu, empat wanita turut disaman untuk hadir ke Mahkamah Syariah selepas didapati mengulangi kesalahan sama.

Sumber Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB) berkata, operasi itu turut mendapat kerjasama beberapa agensi penguatkuasaan negeri lain termasuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

"Dalam operasi membabitkan 90 anggota penguat kuasa itu, kami membuat pemantauan operasi dan pencegahan di kawasan terbuka di pasar raya, beberapa hotel dan kawasan peranginan di bandar ini terhadap wanita gagal mematuhi cara pemakaian patuh syariah.

"Hasilnya operasi itu, kita mengeluarkan 21 notis kepada individu yang melakukan kesalahan pertama berpakaian ketat dan empat saman untuk hadir ke Mahkamah Syariah kepada wanita yang mengulangi kesalahan sama.

"Tindakan diambil mengikut Seksyen 5 Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1985," katanya.

Menurutnya, dalam operasi itu, pihaknya turut mengedarkan sebanyak 1,000 keping risalah kepada masyarakat awam terutama wanita.

"Langkah itu diambil untuk memberi kesedaran mengenai memakai pakaian tidak menutup aurat di tempat awam dalam kalangan orang Islam adalah satu kesalahan," katanya.

Disiarkan pada: April 17, 2018 @ 12:56pm
d