mutakhir

Pengganas ancaman kepada dunia

Oleh Mohd Fauzi Abdullah

Kuala Lumpur: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyifatkan kegiatan pengganas adalah ancaman sebenar bukan saja kepada rantau Asia Tenggara malah dunia.

Baginda yang juga Komander Rejimen 504 Askar Wataniah bertitah demikian ketika menyampaikan ucaptama pada persidangan meja bulat Chief Army Round Talk (ChART) 2018 yang diadakan semalam, sempena Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia 2018 (DSA 2018) serta Pameran Keselamatan Kebangsaan Asia (NATSEC) 2018 berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur.

Persidangan berkenaan dihadiri 17 ketua angkatan tentera seperti dari Brunei, Sri Lanka, Singapura, Sudan, Amerika Syarikat, Thailand, Pakistan dan Oman.

Justeru, baginda menggariskan enam perkara yang perlu diambil perhatian oleh angkatan tentera bagi memastikan kegiatan keganasan dipelopori oleh militan dapat dikekang.

Antara garis panduan terbabit adalah mengenal pasti bentuk keganasan dilakukan pengganas yang kini sudah berubah secara drastik sebagaimana perubahan taktik serta bentuk serangan pengganas sejak akhir-akhir ini.

Disiarkan pada: April 18, 2018 @ 3:23am
d