mutakhir

PAS Melaka umum 5 calon Parlimen, 24 DUN

Oleh Fairuz Zaidan

PAS Melaka mengumumkan untuk bertanding di lima kerusi Parlimen dan 24 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Melaka pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pengumuman itu dilakukan oleh Pesuruhjaya PAS Melaka, Kamaruddin Sidek di Dewan Mualim, Bukit Katil, di Melaka, malam tadi.

Kamaruddin, berkata calon yang diketengahkan itu terdiri daripada golongan agamawan, profesional, ahli akademik, usahawan dan ahli politik.

"Pengisytiharan calon PAS pada PRU-14 ini menyaksikan tokoh yang paling ramai pernah diketengahkan PAS dalam sejarah pilihan raya sejak merdeka," katanya ketika berucap pada majlis pengumuman calon parti itu.

Kamarudin turut membuat kejutan apabila mengumumkan akan bertanding di kerusi N21 Duyong yang sebelum ini dimenangi oleh DAP pada PRU-13.

"Saya sudah tiga kali bertanding di DUN Serkam iaitu pada 2004, 2008 dan 2013. Alhamdulillah ketiga-tiga kalah. Saya bermimpi untuk bertanding (kawasan baharu).

"Saya berharap kira-kira 60 peratus pengundi Melayu di kerusi DUN Duyong akan memberikan sokongan dan kerjasama untuk saya berkhidmat bagi kerusi ini dalam sidang DUN akan datang," katanya.

Disiarkan pada: April 20, 2018 @ 12:45am
d