mutakhir

Umum calon BN mulai esok

Oleh Mohd Husni Mohd Noor dan Fairuz Mohd Shahar

KESEMUA senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan diumumkan seawal esok hingga Selasa ini oleh Pengerusi BN negeri masing-masing.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, beliau sudah memaklumkan perkara itu kepada semua Pengerusi BN negeri dan terpulang kepada mereka untuk membuat pengumuman dalam tempoh itu.

"Bagi peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan pula, pengumuman calon serta manifesto akan dibuat esok pada 9 pagi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

"Kita sudah mengeluarkan arahan agar pengumuman calon BN perlu dibuat bermula esok hingga Selasa ini, terpulang kepada Pengerusi BN negeri untuk membuat pengumuman dalam tempoh itu," katanya.

Disiarkan pada: April 21, 2018 @ 12:05pm
d