mutakhir

Dua calon wanita wakili Terengganu

Oleh Rosli Zakaria

KETUA Wanita UMNO Bahagian Marang, Toh Puan Zaitun Mat Amin dan Bendahari Wanita Umno Negeri, Datuk Zainun Abu Bakar adalah dua calon wanita bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Zaitun dan Zainun yang juga Ketua Wanita UMNO Dungun diumum bertanding merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payung dan Dun Sura.

Pengumuman itu dibuat Pengerusi BN Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman di kediaman Darul Iman, hari ini.

Menerusi pemilihan Zaitun, 61, dan Zainun, 65, BN Terengganu sekali lagi mempertaruhkan calon wanita selepas kali pertama pada PRU-12, menerusi Nordiana Shafie yang bertanding di DUN Batu Buruk.

Bagaimanapun Nordiana kalah kepada calon PAS.

Zaitun yang juga Mantan Ahli Dewan Negara aktif dalam politik sebagai Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, manakala Zainun yang juga Pegawai Pembangunan DUN Sura aktif sebagai Bendahari Pergerakan Wanita UMNO Negeri.

Disiarkan pada: April 22, 2018 @ 1:39pm
d