mutakhir

Mayat terapung tepi jeti

Oleh Zatul Iffah Zolkiply

MAYAT wanita lengkap berpakaian ditemui terapung berhampiran jeti Kampung Losong Lebai Salleh, Kuala Terengganu, tengah hari semalam.

Mayat masih dalam keadaan sempurna itu pada mulanya ditemui sekumpulan nelayan di perairan Pulau Kambing sebelum melaporkan kejadian itu kepada anggota bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu, Timbalan Penguasa Bomba Rozizah Abni Hajar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat itu pada 1 tengah hari.

Beliau berkata, sepasukan anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian, namun mayat terbabit sudah dihanyutkan arus.

“Mayat itu ditemui semula berhampiran jeti Kampung Losong Lebai Salleh kira-kira satu jam kemudian.

“Keadaan mayat masih lagi sempurna dan kita tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri pada badan mangsa.

“Malah, polis memaklumkan tidak menerima laporan orang hilang sebelum ini dan mayat itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Disiarkan pada: April 23, 2018 @ 8:00pm
d