mutakhir

5,468 borang pencalonan Parlimen, DUN dijual

Oleh Siti A'isyah Sukaimi

SETAKAT semalam, 5,468 borang pencalonan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sudah terjual di setiap negeri dan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurut Unit Komunikasi Korporat SPR, daripada jumlah itu, penjualan borang pencalonan Parlimen merekodkan 1,836 borang manakala, DUN ialah 3,632 borang.

"Sabah/Labuan mencatatkan jumlah jualan borang pencalonan terbanyak bagi Parlimen dan DUN iaitu masing-masing 344 dan 726 borang.

"Pada masa sama, Perlis merekodkan jumlah jualan paling sedikit bagi penjualan borang pencalonan Parlimen iaitu 22 borang," katanya, hari ini.

Setiap set borang pencalonan Parlimen dan DUN masing-masing dijual pada harga RM20.

Disiarkan pada: April 24, 2018 @ 11:27pm
d