mutakhir

Mursyidul Am PAS bertanding di Parlimen Arau

Oleh HM Digital

MURSYIDUL Am PAS, Hashim Jasin, diumumkan bertanding mewakili parti itu di Parlimen Arau pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pengumuman itu dibuat oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pada program Jelajah Presiden PAS di Seksyen 18, di Shah Alam, malam tadi.

Abdul Hadi turut mengumumkan pencalonan Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, di kerusi Parlimen Kubang Kerian.

Disiarkan pada: April 25, 2018 @ 12:22am
d