mutakhir

Bantu bawa turun lelaki 100kg

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Kuala Lumpur: Masalah berat badan mencecah 100 kilogram (kg) menyebabkan seorang lelaki terlantar selama lima hari di tingkat empat sebuah hotel di Jalan Pudu, di sini.

Bagaimanapun, azabnya itu ‘terlepas’ apabila anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membantu membawanya turun untuk mendapatkan rawatan di hospital, kelmarin.

Pegawai Pasukan APM Kuala Lumpur Leftenan Shahrul Kamar Mohd Johari berkata, lelaki berkenaan dibawa turun jam 1.50 tengah hari dengan bantuan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

“Pesakit itu sudah lima hari terlantar dan mempunyai masalah berat badan dianggarkan 100 kg.

“Dia tidak mampu berdiri kerana penyakit dihidapinya dan laluan sempit menyebabkan anggota terbabit mengambil inisiatif mengangkatnya turun untuk dibawa ke dalam ambulans,” katanya

Shahrul Kamar berkata, lelaki berkenaan kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, untuk mendapatkan rawatan.

“Dengan kerjasama kedua-dua pihak, pesakit dibawa turun dengan selamat dan kini menerima rawatan di HKL,” katanya.

Disiarkan pada: April 25, 2018 @ 4:11am
d