mutakhir

4 motosikal hangus bengkel dijilat api

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

Ampang: Empat motosikal musnah dalam kebakaran i sebuah bengkel di Lorong Dato Mufti 2, Kampung Tengah, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ampang Ariff Mohamed Kassim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 3.16 petang.

“Seramai lapan anggota dan dua jentera selain bantuan beberapa anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kami mendapati api sedang marak sebelum kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya 20 minit kemudian,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Ariff berkata, kebakaran itu menyebabkan bengkel motosikal berkenaan musnah sepenuhnya.

“Ketika kejadian, tiada pekerja berada di bengkel itu. Punca kebakaran masih dalam siasatan lanjut,” katanya.

Disiarkan pada: April 26, 2018 @ 4:52am
d