mutakhir

Nik Omar doa kejayaan Nik Abduh

Oleh HM Digital

Kota Bharu: Calon PKR Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, Nik Omar Nik Aziz menegaskan hubungan beliau dengan adik-beradik termasuk Nik Abduh tidak terjejas walaupun bertanding dengan parti lain.

Nik Omar berkata, hubungan ukhwah berkenaan tidak terlerai dan perlu dijaga walaupun berselisih pendapat dalam soal parti.

“Yang pasti, saya doakan beliau (Nik Abduh) berjaya di Bachok dan saya juga yakin Nik Abduh doakan kejayaan saya di DUN Chempaka.

“Kita mungkin berlainan pendapat namun matlamat kita mahu menuju ke Makkah dan setiap orang ada cara untuk sampai, mungkin menggunakan pesawat atau kapal laut. Begitu juga saya,” katanya di Hotel Perdana di sini, semalam.

Pada masa sama, Nik Omar berkata, dia melihat perjuangan pakatan pembangkang yang terbaik berbanding parti lain sebelum mengambil keputusan bertanding.

“Saya lihat DUN Chempaka sejak sekian lama semasa arwah bapa ada lagi. Justeru, saya terpanggil meneruskan apa yang arwah bapa buat di DUN berkenaan.

“Namun, saya tetap hormati perjuangan PAS, cuma saya rasa pakatan pembangkang lebih baik,” katanya.

Disiarkan pada: April 29, 2018 @ 1:45pm
d