mutakhir

11 cedera, 2 parah

Oleh Audrey Dermawan

TIGA belas individu cedera termasuk dua parah dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 148.6 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Bukit Tambun, 8.50 pagi tadi.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya yang tiba di lokasi kejadian sebaik dimaklumkan mendapati kereta pelbagai guna (MPV), treler, Honda Civic dan van Toyota Commuter terbabit dalam kemalangan.

Beliau berkata, van yang terbabit dalam kemalangan membawa 13 penumpang dengan dua daripada mereka parah, sembilan cedera dan dua lagi tidak mengalami kecederaan.

"Dua penumpang MPV juga cedera dan kesemua mereka dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan selanjutnya," katanya menambah punca kejadian masih dalam siasatan.

Disiarkan pada: April 30, 2018 @ 11:41am
d