mutakhir

Kilang papan iklan hangus

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

KILANG membuat papan iklan di Kampung Baru Ampang, Ampang Jaya, musnah dalam kebakaran, awal pagi tadi.

Bomba yang menerima panggilan kecemasan pada 5.50 pagi menghantar tujuh jentera bersama 35 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang, Pandan dan Keramat ke lokasi untuk memadam kebakaran.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor memaklumkan, kebakaran membabitkan kilang kelas B dengan anggaran keluasan 1,858 meter persegi.

“Kebakaran berjaya dikawal kira-kira sejam kemudian, namun kerja memadam sisa kebakaran masih diteruskan.

“Pasukan bomba menggunakan dua jentera tangki air serta sumber air dari pili bomba kira-kira 300 meter dari lokasi kilang yang terbakar," katanya.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat.

Disiarkan pada: May 2, 2018 @ 10:44am
d