mutakhir

Harga petrol, diesel kekal

Oleh Ahmad Suhael Adnan

TIADA sebarang perubahan harga runcit petrol dan diesel bagi tempoh 3 Mei hingga 9 Mei depan.

Ia sekali gus menyaksikan harga runcit RON95, RON97 dan diesel kekal untuk minggu ketujuh berturut-turut.

Berkuat kuasa 12.01 tengah malam ini, harga runcit RON 95 dan RON97 masing-masing kekal pada harga RM2.20 dan RM2.47 seliter, manakala diesel RM2.18 seliter.

Harga baharu itu diumumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menerusi Twitter rasminya, hari ini.

Harga petrol dan diesel itu tidak berganjak sejak 22 Mac lalu,

Disiarkan pada: May 2, 2018 @ 6:11pm
d