mutakhir

Bantuan khas RM1,000 untuk Aidilfitri

Oleh Nurul Amanina Suhaini

SERAMAI 19,105 penjawat awam Johor mendapat Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM1,000 sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani, berkata, bantuan yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri itu diputuskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Bilangan Perkara-Perkara Lain, 14 Mac lalu.

"Pemberian bantuan khas kewangan ini adalah atas keprihatinan kerajaan negeri sebagai persiapan menyambut Aidilfitri khususnya kepada penjawat awam negeri, katanya dalam satu kenyataan media di Johor Bahru, hari ini.

Azmi berkata, Bantuan Khas Kewangan itu akan mula diagihkan pada 28 Mei ini dan pihaknya berharap pemberian itu akan memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri kali ini.

Disiarkan pada: May 2, 2018 @ 9:22pm
d