mutakhir

Sekolah cemas raksa tumpah

Oleh Fairuz Zaidan

SERAMAI 21 pelajar dan seorang guru wanita dikuarantin selama kira-kira 20 minit akibat tumpahan raksa daripada satu termometer yang pecah di Sekolah

Menengah Kebangsaan (SMK) Bemban, Jasin, hari ini.

Difahamkan, kejadian berlaku pada 2.20 petang ketika mereka terdiri 15 pelajar pelajar perempuan, enam pelajar lelaki dan guru terbabit sedang melakukan sesi ujikaji di dalam makmal sains sebelum berlaku tumpahan raksa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jasin Bistari Rahizam Ruzali berkata, sepasukan 10 anggota bomba dari BBP Jasin Bistari dan BBP Alor Gajah bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada 2.24 petang.

“Sebaik tiba di sekolah berkenaan, terdapat kejadian termometer pecah yang mengakibatkan tumpahan raksa.

“Anggota bomba bertindak pantas dengan melakukan kuarantin, sebelum proses menyahcemar bagi memastikan semua mangsa bebas daripada pencemaran raksa,” katanya.

Katanya, kerja menyahcemar di lokasi kejadian selesai pada 3.30 petang.

Disiarkan pada: May 2, 2018 @ 11:05pm
d