mutakhir

RM1.8 juta laksana Ihya Ramadan

Oleh Aslina Abu Bakar

SEBANYAK RM1.8 juta diperuntukkan kerajaan negeri kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) bagi melaksanakan Program Ihya Ramadan pada tahun ini.

Pesuruhjaya JHEAT, Wan Ismail Sahami Wan Omar berkata, pelbagai program dirangka bagi mengimarahkan sambutan bulan mulia membabitkan masjid dan surau di seluruh negeri.

“Sebanyak RM1,000 disalurkan kepada 504 masjid manakala sebanyak RM300 pula diberikan kepada 1,300 surau untuk menghidupkan aktiviti sepanjang Ramadan

“Sumbangan RM2,000 kepada setiap jawatankuasa masjid turut diberikan bagi peruntukan pengurusan dan aktiviti masjid,” katanya selepas pelancaran Program Ihya Ramadan di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, hari ini.

Beliau berkata, sepanjang Ramadan nanti, pelbagai acara akan berlangsung antaranya gotong-royong, tadarus, solat tarawih perdana, qiamullail, berbuka puasa, pemasangan banting dan kain rentang, pengedaran risalah berkaitan menghormati Ramadan, pembahagian bubur lambuk percuma dan sebagainya.

Menurutnya, aktiviti itu sudah diatur dengan rapi oleh kerajaan negeri bagi memastikan Ramadan kali ini dapat memberi manfaat dan disambut dalam keadaan harmoni.

Disiarkan pada: May 3, 2018 @ 5:03pm
d