mutakhir

Buluh terbuang jadi kapal terbang

Oleh Nazdy Harun

Kuala Terengganu: “Kami mengambil masa dua minggu untuk menyiapkan replika kapal terbang zero fighter ini,” kata Pengerusi J3K Kampung Beladau Kepong, Hashim Abdullah, 60.

Menurutnya, idea untuk membina replika kapal terbang perang itu timbul secara spontan selepas penduduk, Mohd Nor Mohd, 38, mendapati lebihan buluh selepas kerja pemasangan bendera Barisan Nasional (BN) dilakukan.

Katanya, daripada membiarkan buluh itu terbiar 35 pemuda kampung melakukan gotong-royong setiap malam hingga awal pagi untuk menyiapkan replika berkenaan.

“Panjang kapal terbang itu 10 meter dan lebar sayapnya pula mencapai tujuh meter dan untuk menyiapkannya kita menggunakan 40 batang buluh, paip, tikar getah dan bendera parti.

“Kami membina kapal terbang ini sebagai simbolik mengenai penjajahan Jepun ke atas Tanah Melayu dan selepas merdeka wujudnya parti perikatan sebelum BN menerajui negara hingga kini,” katanya.

Disiarkan pada: May 8, 2018 @ 11:15am
d