mutakhir

Polis Pulau Pinang siap sedia [METROTV]

Oleh Hadzlihady Hassan

SERAMAI 5, 000 anggota polis di Pulai Pinang sudah bersiap sedia bagi menjalankan tugas pada hari pengundian terakhir Pilihan Raya Umum ke -14 (PRU-14), esok.

Ketua Polis negeri, Datuk A Thaiveegan berkata, pihaknya turut dibantu 500 polis Bukit Aman, 600 pasukan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan 400 sukarelawan polis (PVR).

“Kita harap proses mengundi akan berjalan lancar dan penyokong parti saling menghormati antara satu sama lain.

“Polis negeri ini akan sentiasa bersedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku sepanjang proses mengundi hingga PRU-14 berakhir,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di Georgetown, hari ini.

Thaiveegan berkata, sejak hari penamaan calon pihaknya sudah menerima 218 laporan polis dengan 22 kertas siasatan dibuka.

Beliau berkata, kes berkenaan membabitkan pecah rumah, bakar bendera, kerosakan kecil, fitnah dan sebagainya.

“Semua kertas siasatan itu akan dirujuk ke pejabat Peguam Negara selepas PRU-14 berakhir,” katanya.

Disiarkan pada: May 8, 2018 @ 3:27pm
d