mutakhir

Bonus tiga bulan jika BN menang di Selangor

Oleh Siraj Mohd Zaini

BARISAN Nasional (BN) Selangor akan memberi bonus tiga bulan kepada penjawat awam di negeri itu jika berjaya membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pengerusi BN Selangor Tan Sri Noh Omar berkata, pelaksanaan pembayaran itu akan dilakukan melalui Bajet 2019 kerajaan negeri, jika ditadbir BN.

Menurutnya, pengumuman itu dilihat relevan meskipun Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut mengumumkan pemberian bonus tiga bulan semalam ketika kerajaan negeri pimpinannya sedang menanggung pelbagai hutang berbilion ringgit.

“Dia (Azmin) umumkan ketika kerajaan negeri sedang menanggung hutang SPLASH (Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd) berjumlah RM4.2 bilion, itu tidak termasuk hutang UNISEL hampir RM300,000.

“Kita fikirkan ia adalah realistik kerana kita ada ‘ayahanda’ iaitu kerajaan BN di Persekutuan,” katanya pada Majlis Penyerahan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burong kepada DUN Permatang di Tanjong Karang, hari ini.

Disiarkan pada: May 8, 2018 @ 8:52pm
d