mutakhir

Orang Pandamaran dah keluar mengundi [METROTV]

Oleh Ruwaida Md Zain

SEHINGGA 8.10 pagi, kira-kira 300 pengundi mendaftarkan diri untuk mengundi bagi Parlimen Klang di Pusat Mengundi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pandamaran B, di sini.

Tinjauan NSTP mendapati, pengundi mula beratur sejak 7.15 pagi bagi menunaikan tanggungjawab kepada negara.

Penyelia Pusat Mengundi, Nizam Mahmood berkata, setakat ini proses pengundian berjalan lancar di semua saluran di sekolah berkenaan.

Disiarkan pada: May 9, 2018 @ 8:41am
d