mutakhir

(Tak rasmi) PH dapat majoriti mudah di Negeri Sembilan

Oleh Rudy Fazrunisyam Samarudin dan Ifwan Tun Tuah

PAKATAN Harapan mendakwa mereka sudah boleh membentuk kerajaan negeri apabila menang 20 daripada keseluruhan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sekali gus mendapat majoriti mudah.

Pengerusi PKR negeri, Aminuddin Harun berkata, berdasarkan keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) hari ini, PKR melalui DAP menang 11 kerusi DUN dengan mengekalkan kemenangan di Chennah, Nilai, Lobak, Temiang, Bukit Kepayang, Rahang, Mambau, Seremban Jaya, dan Repah, Lukut dan Bahau.

Katanya, PKR pula mempertahankan kerusi DUN Sikamat, Sri Tanjung dan Chuah selain merampas Ampangan, Pilah dan Labu daripada Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, Parti Amanah Negara (PAN) turut menyumbang kepada pembentukan kerajaan baharu di Negeri Sembilan apabila calon mereka di DUN Paroi, Klawang dan Lenggeng berjaya mengalahkan calon BN.

Aminuddin berkata, bagi kerusi Parlimen, PKR mempertahankan Seremban, Rasah dan Port Dickson, selain merampas Jempol dan Kuala Pilah.

Disiarkan pada: May 9, 2018 @ 11:43pm
d