mutakhir

Teresa Kok tawan Seputeh

Oleh Azzman Abdul Jamal

PARLIMEN Seputeh kekal diwakili Teresa Kok Suh Sim yang menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Chan Quin Er dengan majoriti 56,059.

Ia diumumkan pegawai SPR, Che Azhar Che Abdullah di pusat penjumlahan undi Parlimen Seputeh di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Petaling, Kuala Lumpur, 10.52 malam tadi.

Teresa yang juga penyandang kerusi itu memperoleh 63,094 undi, mengatasi Quin Er yang memperoleh 7,035 undi.

Daripada 86,256 pengundi berdaftar di Parlimen Seputeh, 70,583 undi dikeluarkan dengan 294 undi ditolak dan 160 kertas undi tidak dikembalikan.

Kemenangan Teresa pada malam ini sekali gus menjadikan beliau penyandang kerusi Parlimen Seputeh untuk lima penggal berturut-turut sejak 1999.

Disiarkan pada: May 10, 2018 @ 1:04am
d