mutakhir

Rakyat perlu bersabar - SPR

Oleh Wartawan NSTP

SURUHANJAYA Pilihan Raya masih lagi menerima keputusan dari negeri, Ketua Pusat Mengundi dan Pegawai Pengurus Pilihan Raya dari seluruh negara.

Justeru, Pengerusinya Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata, SPR belum boleh mengeluarkan keputusan rasmi mengenai Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), setakat ini.

Katanya, sehingga kini SPR hanya menerima keputusan rasmi dari 70 Parlimen dan 145 Dewan Undangan Negeri (DUN).

“SPR perlu menyebarkan keputusan rasmi dan disahkan sahaja. Kami tidak ada muslihat dan sedang berusaha mendapatkan keputusan dari seluruh negara.

“SPR tidak ada halangan untuk isytihar sebarang kemenangan untuk mana-mana calon.

“SPR akan terus membuat pengisytiharan apabila mendapat keputusan penuh dan berharap rakyat bersabar,” katanya pada sidang media di ibu pejabat SPR di Putrajaya, sebentar tadi.

Mohd Hashim turut memberi jaminan PRU-14 adalah telus dan adil.

“SPR tidak sorok dan sembunyikan apa-apa, jadi janganlah ada syak wasangka,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai keputusan PRU-14 yang lewat hari ini, beliau berkata, ia terjadi atas pelbagai faktor.

Katanya, peratusan keluar mengundi bagi PRU-14 adalah 76 peratus.

Disiarkan pada: May 10, 2018 @ 1:08am
d