mutakhir

DAP izin PKR jadi MB Negeri Sembilan

Oleh Ifwan Tun Tuah

DAP membenarkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR dilantik sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan, kata Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Loke Siew Fook.

Beliau berkata, ia walaupun DAP menang lebih banyak kerusi daripada PKR di negeri berkenaan.

Siew Fook berkata, pihaknya menghormati Undang-Undang Tubuh Negeri Sembilan yang mengkehendaki Menteri Besar dilantik dalam kalangan lelaki Melayu Islam.

"DAP tidak mempunyai calon Melayu Islam justeru kita menyokong penuh calon PKR untuk memimpin," katanya pada sidang media, malam tadi.

Sementara itu, Pengerusi PKR negeri, Aminuddin Harun, berkata mereka menunggu keputusan pucuk pimpinan mengenai calon Menteri Besar dalam masa terdekat.

"Pucuk pimpinan akan tentukan siapa yang akan menjadi Menteri Besar.

"Apa pun, kita akan menguruskan perkara berkaitan membentuk kerajaan negeri termasuk menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, dalam masa terdekat," katanya.

Disiarkan pada: May 10, 2018 @ 1:18am
d