mutakhir

BN Perak bentuk kerajaan negeri

Oleh Muhammad Apendy Issahak; Mohd Hafizee Mohd Arop dan Teh Athira Yusof

BARISAN Nasional (BN) mengesahkan sudah mempunyai jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mencukupi bagi membentuk kerajaan negeri di Perak.

Pengesahan itu dibuat oleh Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir melalui satu kenyataan yang dibacakan oleh Ketua Komunikasi Pejabat Menteri Besar, Nizamuddin Mat Isa dalam satu sidang media khas di sebuah hotel di ipoh, malam ini.

Zambry berkata, berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) semalam, tiada parti yang bertanding memperoleh jumlah kerusi majoriti mudah bagi membolehkan pembentukan kerajaan negeri.

“œBN memperoleh 27 kerusi manakala beberapa parti yang bertanding di bawah PKR memperoleh 29 kerusi dan PAS memperoleh tiga kerusi.

“œBagaimanapun, sukacita saya ingin memaklumkan bahawa BN sudah mempunyai jumlah kerusi yang mencukupi bagi membentuk kerajaan negeri,”€ katanya.

Zambry berkata akan memohon menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bagi menyembah maklum akan kedudukan terkini.

“€œIa bagi mendapatkan perkenan Sultan Perak untuk membolehkan kerajaan negeri dibentuk sesuai dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak,” katanya.

Sementara itu, dalam sidang media itu juga tidak dinyatakan bagaimana jumlah kerusi BN mencukupi untuk membentuk kerajaan negeri.

Nizamuddin memaklumkan pihaknya akan membuat kenyataan lanjut perkembangan itu secepat mungkin.

Disiarkan pada: May 11, 2018 @ 12:32am
d