mutakhir

Empat pendaki sesat sudah ditemui

Oleh Nur Syazwana Mansor

EMPAT lelaki yang dilaporkan sesat ketika mendaki Gunung Jerai yang dilaporkan sesat sejak pagi kelmarin ditemui pada jarak dua kilometer dari jalan utama puncak gunung itu pada 7.25 malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yan Penolong Penguasa Bomba Fauzi Shuaib berkata, semua mangsa ditemui dalam keadaan tidak bermaya kerana kehabisan bekalan makanan dan minuman.

Katanya, mereka kemudian diberikan makanan dan minuman sebaik ditemui sebelum dibawa keluar menghala ke puncak Gunung Jerai.

“Perjalanan keluar ke jalan utama mungkin akan mengambil masa lebih kurang tiga jam atau lebih, memandangkan faktor cuaca gelap kerana sudah malam, selain keadaan mangsa yang lemah.

“Mangsa berusia 47 tahun mengadu sakit dada dan muntah darah. Dia sudah distabilkan dengan rawatan awal daripada anggota perubatan APM (Angkatan Pertahanan Awam Malaysia yang turut serta.

“Pasukan paramedik dari Hospital Yan juga sudah bersedia untuk membawa mangsa ke hospital bagi rawatan,” katanya.

Katanya, setakat tengah malam ini, mereka dijangka tiba di jalan keluar dalam tempoh lebih satu jam lagi.

Berita berkaitan

Empat pendaki sesat di Gunung Jerai

Disiarkan pada: May 12, 2018 @ 1:18am
d