mutakhir

PAS harap janji royalti minyak dipenuhi

Oleh Muhamaad Razis Ismail

PAS berharap Pakatan Harapan (PH) memenuhi janji manisfesto untuk memberi royalti 20 peratus kepada negeri pengeluar minyak termasuk Kelantan dan Terengganu.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, rakyat akan menilai sejauh mana janji itu dapat dilaksanakan.

“Kita harap PH tidak mengikut jejak langkah UMNO, Barisan Nasional (BN) yang sebelum ini gagal laksanakan janji dalam konteks Kelantan dan Terengganu ketika zaman pemerintahan PAS.

“Harapan kita, bahawa hak rakyat diberi dan dihormati,” katanya di Kota Bharu, hari ini.

Mengulas mengenai pentadbiran Kerajaan Pusat yang baru, Tuan Ibrahim meminta peruntukan Perlembagaan dihormati.

“Walaupun berlainan parti yang memerintah tapi bahawa kerajaan ada mesti hormati Perlembagaan yang ada dan jaminan perundangan,” katanya.

Disiarkan pada: May 12, 2018 @ 5:43pm
d