mutakhir

Tunai janji dalam manifesto PH [METROTV]

Oleh Rizalman Hammim

KERAJAAN negeri baharu akan memberi keutamaan untuk menunaikan semua janji yang disenaraikan dalam manifesto Pakatan Harapan (PH).

Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian berkata, antara janji yang akan ditunaikan dalam 100 hari pertama pentadbiran mereka adalah memberi air percuma kepada rakyat Johor.

“Sudah pasti saya akan beri air percuma kepada rakyat Johor. Sama dengan janji PH dalam 100 hari pertama pentadbiran. Itu keutamaannya,” katanya ketika sidang media di Johor Bahru, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Parti Amanah Negera (AMANAH) Johor Aminolhuda Hassan.

Osman berkata, beliau juga akan meneliti semula semua projek pembangunan yang diumumkan oleh kerajaan negeri sebelum ini.

“Saya nak lihat semula apa projek yang ditinggalkan oleh kerajaan negeri sebelum ini. Yang mana tidak ekonomik dan tidak memberi manfaat kepada rakyat Johor, akan dihentikan, namun projek yang berfaedah kepada masyarakat, akan diteruskan.

“Itu semua akan dibincangkan dengan barisan Exco nanti. Saya bukan hendak membalas dendam,” katanya.

Katanya, beliau tidak akan mengambil tindakan terlalu drastik kerana tidak mahu menakutkan pelabur di negeri ini.

Berita berkaitan

ADUN Kempas MB Johor

Disiarkan pada: May 12, 2018 @ 8:34pm
d