mutakhir

MB Perak mula bertugas [METROTV]

Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop

AHMAD Faizal Azumu yang dipilih sebagai Menteri Besar Perak Ke-12 memulakan tugasnya di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Ipoh, tepat 8 pagi, hari ini.

Ahmad Faizal, 48, tiba di Bangunan SUK dengan berpakaian sut hitam disambut Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mohd Ghazali Jalal yang menanggung kerja Setiausaha Kerajaan Negeri serta kakitangan Pejabat Menteri Besar.

Turut mengiringi beliau, barisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri itu yang juga pimpinan Pakatan Harapan (PH).

Beliau kemudian diberikan taklimat ringkas mengenai Pejabat Menteri Besar oleh Mohd Ghazali.

Ahmad Faizal dijangka akan mengadakan sidang media pertamanya 11 pagi ini.

Disiarkan pada: May 14, 2018 @ 8:40am
d