mutakhir

Raja Salman ucap tahniah

Oleh BERNAMA

PENJAGA Dua Kota Suci, Raja Salman Abdulaziz Al Saud, hari ini mengucapkan tahniah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baharu, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Pemerintah Arab Saudi itu menzahirkan ucapan tahniah menerusi panggilan telefon dari Istana Salam di Jeddah.

Dalam perutusan tahniah itu, baginda turut memuji hubungan erat antara Arab Saudi dan Malaysia serta berharap ia dapat dipertingkatkan lagi dalam pelbagai bidang.

Menurut laporan SPA, Dr Mahathir turut mengucapkan terima kasih kepada Raja Salman dan menyatakan hasrat untuk terus mempertingkat hubungan dua hala kedua-dua negara demi kepentingan bersama.

Dr Mahathir, 92, mencipta sejarah apabila dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia buat kali kedua selepas memegang jawatan itu selama 22 tahun dari 1981 hingga 2003, dan muncul sebagai perdana menteri tertua di dunia.

Disiarkan pada: May 14, 2018 @ 7:20pm
d