mutakhir

Kediaman Najib dikawal ketat

Oleh BERNAMA

KEDIAMAN bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, masih menerima kunjungan beberapa individu, sejak awal pagi ini.

Hampir 50 kenderaan dilihat memasuki perkarangan kediaman bekas perdana menteri itu untuk tempoh masa yang berasingan.

Tinjauan Bernama mendapati kawasan kediaman bekas perdana menteri itu juga masih dikawal ketat oleh empat anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di balai polis bergerak yang ditempatkan di situ.

Beberapa anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul difahamkan ditugaskan untuk menjaga keselamatan di samping mengawal kawasan tersebut sejak Sabtu lalu.

Selain itu, beberapa petugas media dari dalam dan luar negara masih lagi berkampung di kawasan tersebut demi menanti sebarang perkembangan terkini berkaitan bekas perdana menteri itu.

Disiarkan pada: May 15, 2018 @ 7:47pm
d