mutakhir

MB Pahang masuk ofis [METROTV]

Oleh T N Alagesh

DATUK Seri Wan Rosdy Wan Ismail memulakan tugas pada hari pertamanya di Pejabat Menteri Besar di Wisma Sri Pahang, Kuantan pada 9.56 pagi, hari ini.

Ketibaan beliau diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail dan disambut kira-kira 100 kakitangan.

Sebaik tiba di Wisma Sri Pahang, Wan Rosdy secara simbolik mengetip kad perakam masa untuk mengesahkan kedatangannya.

Sejurus selepas itu, Wan Rosdy yang juga Menteri Besar Pahang ke-15, membuat lawatan ke pejabat-pejabat agensi kerajaan negeri.

Wan Rosdy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar di hadapan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan, semalam.

Pada PRU-14 yang lalu, Barisan Nasional menang 25 daripada 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah.

Disiarkan pada: May 16, 2018 @ 12:25pm
d