mutakhir

Tak ngaku pukul bini dengan topi keledar

Oleh Muhamaad Razis Ismail

SEORANG buruh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini, terhadap tuduhan mencederakan isterinya dengan topi keledar, bulan lalu.

Tertuduh, Mohd Hussain Derahman, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencederakan isterinya, Haslida Mat Zain @Abdullah, 41, dengan topi keledar hitam di sebuah kuarters klinik di Bachok, pada jam 6.15 pagi, 5 April lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama seksyen 326A kanun sama yang membawa hukuman penjara 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua seksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Alias, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Siti Hajar tidak menawarkan jaminan dan memohon tarikh sebutan untuk laporan perubatan mangsa.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 26 Jun depan untuk sebutan semula kes.

Disiarkan pada: May 16, 2018 @ 1:34pm
d