mutakhir

Haq teruja mahu berpuasa tapi...

Oleh Balqis Jazimah Zahari

“ESOK (hari ini) Haq tak boleh makan sebab kena berpuasa.”

Itu antara kata-kata terakhir Mohammad Faqhqih Zahirulhaq Mohd Fadzil, 5, seorang daripada tiga beradik yang maut akibat ditetak lelaki yang mengamuk di Kampung Sungai Haji Muhamad, Selekoh, dekat Rungkup di Bagan Datuk, semalam.

Ibu saudara mangsa, Sabiha Abu Bakar, 43, berkata anak saudara yang lebih manja dengan panggilan Haq itu memang teruja mahu berpuasa.

“Saya masih terbayang keletah manja mereka, dan saya tidak mampu menahan sedih apabila mereka sudah tiada.

“Haq paling teruja nak berpuasa, bapanya juga banyak membuat persiapan untuk berbuka puasa dengan anak-anaknya,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, hari ini.

Sabiha yang juga guru di Sekolah Seri Ampang, Ipoh, berkata anak sulung Nur Zuryn Faziera, 9, sehingga kini masih belum mengetahui ketiga-tiga adiknya sudah tiada.

“Sebelum Zuraidah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan, dia ada memberitahu kepada anaknya Zuryn bahawa adiknya sudah tiada.

“Zuryn ingat adiknya itu 'tidak pergi ke sekolah', sehingga kini dia belum tahu adik-adiknya sudah tiada.

“Kami semua tidak sampai hati untuk memberitahunya kerana takut dia akan menjadi trauma," katanya.

Katanya, Nur Zuryn mungkin berfikir sebegitu kerana dia baru sahaja mengejutkan adiknya untuk pergi ke sekolah pada pagi hari kejadian.

Berita berkaitan

'Kami trauma lihat rumah tu...'

[UPDATE] 'Mujur saya pakai helmet'

[UPDATE] 'Suspek dakwa rasa tidak tentu arah'

Sampai hati kau, sahabat...

[UPDATE] Suspek positif dadah rupanya...

'Suspek bunuh tiga beradik direman' [METROTV]

[UPDATE] Suspek tiada rekod sakit mental

'30 minit kemudian jeritan terhenti...' [METROTV]

Tragedi 1 Ramadan

Disiarkan pada: May 18, 2018 @ 5:41pm
d