mutakhir

Gagal seludup tong gas subsidi

Oleh Abdul Rahemang Taiming

CUBAAN lelaki menyeludup keluar 18 tong gas bersubsidi gagal apabila ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) di kawasan perairan Tinagat, Tawau, semalam.

Dalam kejadian pada 12.30 tengah hari, suspek, 33, dipercayai cuba menyeludup barang kawalan ke Indonesia.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Datuk Hazani Ghazali berkata, sepasukan anggota polis marin yang melakukan rondaan Op Gelora terserempak dengan bot suspek menuju ke arah Sungai Nyamuk, Pulau Sebatik dari arah Tinagat.

Katanya, mereka kemudian bertindak menahan bot terbabit untuk pemeriksaan lanjut.

“Hasil pemeriksaan mendapati suspek membawa 18 tong gas bersubsidi tanpa sebarang dokumen kebenaran atau lesen daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

“Suspek bersama bot dan semua barang dirampas lalu dibawa ke pangkalan Pasukan Polis Marin (PPM) daerah untuk siasatan lanjut,” katanya.

Disiarkan pada: May 19, 2018 @ 11:25am
d