mutakhir

Muhyiddin diberi taklimat kementerian baru [METRO TV]

Oleh Azura Abas

MENTERI Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diberi taklimat oleh pegawai kementerian berkenaan diketuai Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Alwi Ibrahim.

Turut hadir, beberapa ketua agensi di bawah kementerian itu termasuk Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali.

Sebelum itu, Muhyiddin mengetik kad perakam waktu jam 9 pagi di pejabat barunya bagi memulakan tugas.

Beliau bersama anggota Kabinet baharu mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V semalam.

Muhyiddin dijadual mengadakan sidang akhbar pada tengahari ini.

Disiarkan pada: May 22, 2018 @ 12:17pm
d