mutakhir

Mat Sabu mohon maaf

Oleh Fazrik Kamarudin

MENTERI Pertahanan, Mohamad Sabu memohon maaf kerana tidak berhenti memberi penghormatan kepada Panji-panji Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja ketika pemeriksaan perbarisan Kawalan Kehormatan Utama (KKU) di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur, hari ini.

Mohamad berkata, beliau masih di dalam proses untuk memahami setiap aspek protokol dalam ketenteraan.

"Saya ingin memohon maaf di atas kekhilafan saya kerana tidak berhenti memberikan penghormatan kepada Panji-panji Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja sewaktu pemeriksaan perbarisan Kawalan Kehormatan Utama di Kementerian Pertahanan pagi tadi.

"Saya sedia maklum berkenaan perkara tersebut seperti yang telah ditaklimatkan kepada saya.

"Namun sebagai manusia biasa kita juga tidak lari dari melakukan kesilapan," katanya dalam kenyataan yang dimuatnaik di Facebook rasmi miliknya, hari ini.

Jelas beliau lagi, beliau akan cuba memberikan yang terbaik demi Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Mohamad yang memulakan tugasnya sebagai Menteri Pertahanan pada hari ini adalah antara 13 barisan menteri yang mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara semalam.

Berita berkaitan:

Mat Sabu 'nervous'

Disiarkan pada: May 22, 2018 @ 2:13pm
d